Sekonyong-konyongnya
Lidah yang lembut dan bibir nan bersahaja
Menghamburkan persepsi lapuk dan memualkan
Bagai poster-poster Along yang berkulat di dinding usang
Dikoyak, ditampal lagi
Dikoyak, ditampal lagi
Dikoyak, ditampal lagi
Semakin lama semakin banyak!
Penipu
Semuanya penipu
Baik yang timur mahupun barat
Sang Kelembai di utara hilang kuasa
Bila sumpahannya tak lagi menjadi batu
Dan si penipu teruslah menipu
Bedebah
Lalu harus bagaimana?
Daki sudah bertukar kurap
Kurap semakin menjadi parut
Tapi bila kononnya mata terbuka
Lantas tangan diangkat tinggi
Tapi muka pantas disembunyi
Dinding yang nampak teguh
Rupanya rapuh pasaknya
Rupanya masih buta mata cakranya
Jadi di manakah kekuatannya?
Jika semuanya ditelan jerangkap
Individualisme itu telah lama berakar
Busuk bagaikan bangkai
Palsu bagaikan kaca
Dan akhirnya siapa yang binasa?
Kau, dia dan aku yang tak diulit kuasa
Kerana kita umpama kambing-kambing peliharaan
Hari ini diberi makan
Esok lusa jadi santapan
27.11.10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Baru-baru ni aku singgah ke tayangan perdana 'Bunohan' garapan Dain Said dan dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Peki...
-
Pejam celik pejam celik, dah sebulan Syawal kita layari dengan enaknya. Memang untuk seluruh rakyat Malaysia, bulan Syawal ialah bulan pali...
-
Jangan tipu lah. Kita semua sama. Lalu dekat cermin kereta atau cermin kedai, mesti nak check-out diri sendiri (walaupun sekilas panda...
-
Kau tengok budak remaja couple, pegang-pegang tangan. Kau marah. Kau kata: "Gatal betul. Ni semua mengundang maksiat, lepas tu dapat ...
-
Baru-baru ini aku telah menonton Watchmen , sebuah filem adaptasi dari novel grafik DC Comics dengan judul yang sama. Nah, satu trivia baru...
-
"Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar ko...
-
Kadang-kadang Tak perlu bersuara Tak perlu tunjuk minat Tak perlu ikhlas Tak perlu bersemangat Dia datang juga Tapi itu kadang-kadang...
-
Aku peminat kamu paling agung.
-
Pukul lah aku wahai sahabat Kerana sakitnya tak seperit Tamparan fitnahmu saat sampai ke pancainderaku Ludah lah aku wahai sahabat Kera...
-
Dia selfie tayang cleavage, post di Instagram dan dapat 200 likes dalam masa 2 jam. Kau tengok IG dia, dan dalam diam kau cemb...
Categories
- Artikel (7)
- Borak Filem (2)
- Cerpen (3)
- English (4)
- Kemelut Diri (9)
- Kunyahan Otak (15)
- Puisi (12)
0 comments:
Post a Comment