Pejam celik pejam celik, dah sebulan Syawal kita layari dengan enaknya. Memang untuk seluruh rakyat Malaysia, bulan Syawal ialah bulan paling enak antara semua bulan dalam kalendar Hijrah. Sebab sepanjang bulan Syawal, rakyat Malaysia sibuk bertandang ke open house. Sibuk menjalani aktiviti makan. Dan bila ada banyak makanan, dah tentu ada pembaziran. Ya lah, semua pun nak ikut nafsu. Main ambil sesuka hati.
Aku jenguk dan aku analisis, realitinya rata-rata rakyat Malaysia terutamanya orang bandar nampaknya tegar membazir makanan bila tiba bulan Raya. Termasuklah bila keluarga aku sendiri buat open house. Dah macam satu amalan bila buat open house, mesti berdepan dengan saki-baki dan sisa makanan yang melampau. Lepas tu buang dalam tong sampah. Bila dah jadi sampah, sisa tadi pulak perlukan pengurusan sistematik yakni kerja angkut mengangkut, pengumpulan, pengasingan mengikut kategori, pelupusan dan sebagainya. Itu semua perlukan kos. Sudah, masuk hal duit pulak.
Jadi, kalau kau rasa kau rakyat yang prihatin, kita perlu lakukan perubahan. Kita perlu hentikan sikap membazir makanan. Kita perlu wujudkan satu dunia di mana nikmat makanan pemberian Tuhan dirasai oleh semua umat manusia, Tak terlalu lebih dan takkan pernah berkurang.
Untuk merealisasikan impian murni aku tu, aku ada beberapa cadangan yang mungkin satu hari nanti akan dibahaskan di parlimen (mungkin kalau diorang dah boring tak ada usul lain nak bahas dan start main kapal terbang kertas; atau bila kau orang pilih aku jadi PM. Kalau kau orang nak lah, aku tak kisah).
OK apa kata kita pertimbangkan cadangan-cadangan bernas yang aku rasa dapat membantu kita menghapuskan gejala pembaziran makanan tiap kali Syawal menjelma:
-
Jangan ikut nafsu. Sebab kadang-kadang nafsu memang membuak-buak nak makan tapi baru sentuh sikit, perut dah kenyang. Sentiasa fikirkan nafsu vs kemampuan perut, sebab kadang-kadang kita terlupa (ditujukan khas untuk para wanita yang suka melayan nafsu makan tapi kapasiti perut agak kecil).
- Setiap kali buat open house, amalkan tabiat menghantar sebahagian hidangan ke rumah anak yatim. Mudah-mudahan dapat pahala.
- Tampal koleksi poster kanak-kanak Afrika yang kebuluran di sekeliling tempat makan. Cari poster yang paling menyedihkan dan jadikan alas meja supaya tetamu nampak tiap kali mengambil makanan.
- Bela binatang ternakan. Kalau tak dapat habiskan makanan tu, berilah pada ayam dan itik. Bila dah matang, boleh buat masak lemak tak payah beli ayam di pasar. Keluarga aku pun dulu pernah bela angsa merangkap tong sampah yang suka memekak malam-malam.
- Pasang program 'Bersamamu'. Cari episod yang paling sedih, macam episod si daif makan siput babi, dan pasangkan di TV bila tetamu datang bertandang. Tapi awas, sediakan tisu berlebihan. Sebab ada kemungkinan tetamu menangis lengkap dengan hingus meleleh akibat menonton si daif yang disuruh makan siput babi depan kamera.
- Wujudkan denda untuk membanteras budaya makan tak habis. Sebagai tuan rumah, berikan hukuman setimpal kepada pembazir seperti denda cuci pinggan atau belanja top-up.
- Pastikan kau hidang makanan yang boleh tahan lama. Sebab kalau berlebihan, boleh simpan dalam peti ais dan nikmati sendiri sampai bulan depan. Poket pun ada senyum.
Nah, kalau ikutkan karut akal senget aku ni, banyak lagi yang aku boleh senaraikan kat sini. Tapi sesenget akal aku, sekarut
guideline aku, seteruk mana aku merepek pun, taklah senget, karut dan merepek sampai pergi senaraikan t-shirt V-neck tu antara petanda lelaki gay. Janganlah macam ni YB Dr Timbalan Menteri. Cuba YB Dr Timbalan Menteri buat kajian lebih sikit sebelum keluarkan
guideline macam tu. Dan kalau nak lebih baik, tak payah keluarkan
guideline macam tu langsung. YB Dr Timbalan Menteri pun takkan terpalit malu, kan?
(Nampak tak permainan dia?)