Dunia yang akrab makin asing
Jati diri semakin jadi retorik
Anak kecil dah pandai kurang ajar
Prinsip hidup nampak bagai miraj
Entah ada entah tak ada
Bila roh tak kenal pada bayang-bayang sendiri
Bila jiwa yang jumud menjadi perhiasan
Seperti wind chime
Bergantungan di palang
Teruslah menari-nari ditiup angin
Dahaga untuk dibuai lagi
Merintih untuk terus dipermainkan
Alpa, lupa, lalai, leka
Menjadi akar tempat roh berpasak
Menjadi banir tempat jiwa bermain
Menjadi pokok tempat hati berteduh
Menjadi sarang tempat akal berkampung
Maka teruslah buahnya diratah mentah
Amboi manis isinya
Terduduklah melayan
Bertahun-tahun duduk melayan
Sampai alpa pada fitrah
Sampai lupa asal usul
Sampai lalai tanggungjawab
Sampai leka bertambah-tambah
Tapi walau manis buah itu
Walau rendang dahan itu
Walau tinggi pokok itu
Walau kukuh akar itu
Pokok itu bukan Tuhan
Pokok itu takkan kekal
Pokok itu takkan malar
Pokok itu takkan abadi
Kerana Tuhan adalah Tuhan
Kerana Tuhan saja yang kekal
Kerana Tuhan saja yang malar
Kerana Tuhan saja yang abadi
Semudah itu
Tapi dasar manusia
Yang senang dirumitkan lagi
Dan lagi dan lagi dan lagi
18.9.12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hari ini aku bersedih. Hari ini dalam diam aku menangis. Hari ini separuh jiwaku pergi meninggalkan aku. Hari ini bermulalah kembali hid...
-
Dia selfie tayang cleavage, post di Instagram dan dapat 200 likes dalam masa 2 jam. Kau tengok IG dia, dan dalam diam kau cemb...
-
"Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar ko...
-
Baru-baru ini aku telah menonton Watchmen , sebuah filem adaptasi dari novel grafik DC Comics dengan judul yang sama. Nah, satu trivia baru...
-
Kadang-kadang Tak perlu bersuara Tak perlu tunjuk minat Tak perlu ikhlas Tak perlu bersemangat Dia datang juga Tapi itu kadang-kadang...
-
I am not sharp, I'm weary I am not buffed, I'm skinny I am not notorious, I'm no one I am not good looking, I'm awfully r...
-
H ari ini kau ketawa, mungkinkah esok kau kan menangis? Hari ini kau sihat, mungkinkah esok kau jatuh sakit? Hari ini deriamu sempur...
-
Dunia yang akrab makin asing Jati diri semakin jadi retorik Anak kecil dah pandai kurang ajar Prinsip hidup nampak bagai miraj Entah ada...
-
Right after I graduated in 2004, I saw myself standing in the middle of a junction that will lead me to several different lifelong career...
-
Sesak Kiri kanan sesak Depan belakang sesak Otak pun semakin petak Badan pun mulai hapak Ibukota Kenapa banyak sangat kereta? LRT da...
Categories
- Artikel (7)
- Borak Filem (2)
- Cerpen (3)
- English (4)
- Kemelut Diri (9)
- Kunyahan Otak (15)
- Puisi (12)
0 comments:
Post a Comment