22.12.14

Kau tengok budak remaja couple, pegang-pegang tangan. Kau marah.

Kau kata: "Gatal betul. Ni semua mengundang maksiat, lepas tu dapat anak luar nikah".

Tapi bila kau tengok budak remaja kahwin awal untuk mengelak maksiat, kau marah jugak.

Kau kata:"Gatal betul. Muda-muda dah birah nak kahwin".

Eh, habis tu apa yang kau tak marah, Melayu oii?

Kiri duri kanan pun berduri. Susah betul nak mengadap tekanan sosial kat Malaysia ni.

Posted on Monday, December 22, 2014 by Unknown

No comments

13.12.14



Jangan tipu lah. Kita semua sama. Lalu dekat cermin kereta atau cermin kedai, mesti nak check-out diri sendiri (walaupun sekilas pandang je sebab segan dengan orang keliling, kan?). Alah, aku pun buat benda tu. Chill lah. Tak mati pun kalau kau mengaku. Tak tercalar pun ego tu. Hmmph :)

Posted on Saturday, December 13, 2014 by AK

No comments

11.12.14



Dia selfie tayang cleavage, post di Instagram dan dapat 200 likes dalam masa 2 jam.

Kau tengok IG dia, dan dalam diam kau cemburu (sikit), sebab dia dapat 200 like.

So, kau pun nak jugak selfie tayang cleavage. Kau nak jugak tau, samada saham lurah dendam kau setinggi atau lebih tinggi dari dia.

Snap! snap! snap!

Dan selepas kau gunakan segala kemahiran fotografi yang kau ada (atau dengan kata lain, memulas otak selama 15 minit untuk memilih antara 5 filter terbaik yang kau selalu gunapakai selain filter Magic Skin yang sememangnya wajib), kau pun klik butang Post.



Berdebar rasa hati kau lepas kau post selfie tu, dengan harapan kau dapat lagi banyak like dari dia. Dan nampaknya nasib menyebelahi kau! Sebab mungkin kawan-kawan kau lebih ramai dari kawan-kawan dia, so kau dapat 300 likes dalam masa 2 jam! Kau terus draw conclusion yang cleavage kau lebih diminati dari cleavage dia. Pergh. Best sungguh perasaan kau masa tu. Post kau siap dipenuhi komen dari abang-abang sakai internet, dengan ucapan seperti "Mmmm dapnyewww" dan "Wow tq belanja". Kau marah (sikit) tapi suka (banyak) bila kau baca komen abang-abang sakai internet tu.

Malam tu, kau tidur bak berada di awang-awangan. Sesekali kau terbangun, dan terus check phone kau. Manalah tau ada follower yang baru tengok post kau dan like atau comment lagi.

Esoknya, dia discover yg kau dapat 300 likes dengan aksi mirip post dia. Dia tak puas hati. Mana boleh kau dapat lagi banyak like. Tiru post dia pulak tu. So now, dia determined nak kalahkan kau. Dia dapat idea baru. Kali ni dia selfie tayang cleavage sambil selak baju dan menampakkan perutnya yang toned sebab dia selalu pergi gym. Dapat 500 likes.

Bila kau tengok post dia tu, kau geram. Memang kau sangat tak puas hati. Benci. Kalau boleh kau nak toreh-toreh je perut dia.

Lepas tu kau selak baju tengok perut kau. Boroi. Macam perut dugong. Malulah kalau selfie tayang perut boroi. Nanti orang tak like. So now, kau pulak determined. Kau pun bertekad nak gunakan masa petang tu sehabis baik dengan buat sit-up, tapi lepas berhempas pulas kau larat buat 8 rep je, lepas tu perut kau cramp. Ciss, memang tension gila. Kau pun duduk termenung sedih sambil memikirkan nasib kau.

Last-last kau ambik phone, berdiri depan cermin, selak baju nampakkan perut, tahan nafas, tunduk sikit nampakkan lurah dendam, and snap! snap! snap!

Sebelum kau post, kau taip caption sambil di sudut bibir kau terukir sebuah senyuman puas: "Had a great workout today. My body is a wonderland! #fitness #getfitordietrying #workout #workinprogress"

Dan Abah kau, bila dia nampak post Instagram kau, terus mengilai bak langsuir jantan sambil mengurut-ngurut janggutnya tanda gembira.


Posted on Thursday, December 11, 2014 by AK

No comments

28.5.14

"Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan. Selain itu, menurut jurucakap ACCIN Sabariah Abdullah, yang mempunyai 18 NGO bernaung di bawahnya - mendesak supaya saman hingga berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu…"

Hmpph. Aku agak marah bila dapat tau pasal benda ni. Sebab bangang sangat idea dia nih. Dan bila aku naik marah, mula lah aku nak speaking English ni. So..
Although I think her proposition for mass blood transfusion/purification is totally nonsensical, I felt a scratch in my brain, thus pulsating this urge to impose few questions to Puan ACCIN because she seems like an intelligent lady at first glance. But mostly these questions are all merely for my own amusement.

First off, where can we get this 'halal' blood supply? And we sure need a lot of it too, because admit it, Cadbury bars are yummy, so basically most of us Malaysian Muslims have unintentionally popped our cherries and are now in dire need for the so-called 'blood purification', hence explaining the circus parade. We're all biting our nails clean on this one, aren't we?
And what about the current national blood supply that's going to be the core element of this mega blood transfusion project? Is the existing supply enough? Do we need to segmentise the entire national bloodbank into Muslim and non-Muslim origins? And even if we have the capacity to execute such ludicrous idea, how would we know if the Muslim origin blood is 'suci'? How would we know if the donor have never eaten those gazetted Cadbury chocs or any other haram food in their entire life? Do we have to make assesments, conduct interviews and do background checks on all Muslim donors?
And if all else fails, (I'm just conveniently assuming that more than 50% of the total 14.8 million Malaysian Muslims may have consumed the banned Cadbury at least once in their lifetime, which would also automatically X their name off the potential 'pure blood' donor list), do we need to import blood from other Muslim countries and do background checks on all foreign donors too? Does Jakim need to step in and produce certificate for blood now?
BAPAK COMPLICATED, PUAN OII.
So basically your proposition is totally absurd and with all due respect, made you stray away from the corridor of intelligence and fall straight into the pit of utter retardness. Blood purification?! *facepalm* Your paranoia only reflects your shallow understanding of the basics of the religion. I may not be a pioust Islamic scholar Ustaz, but I believe that God forgives unintentional acts of sin, unconditionally. For He is Most Merciful.
Dah termakan, nak buat macam mana?
In fact, 2 days before all the hoo-haas last week, my parents brought home packs of Cadburys from Labuan, and the whole family had a nice Cadbury session. But after discovering the Jakim gazette, we stayed composed. Because we've found comfort in the basics. We just stopped eating the balance chocs. As simple as that. There's no need to turn into vampires and go on a campaign for new replacement blood. That is by far the most absurd proposition I've ever tried to ponder.
Maybe anxiety stricken people like Puan ACCIN and her bunch need to calm down and if in doubt, refer to scholars or wait for a statement from Majlis Fatwa. Go ahead and sue Cadbury for a gazillion Ringgit, because you think it might teach them a lesson. While you're at it, sue Jakim as well for letting it slip past their radar for years (don't forget my share). Heck, do whatever you need to do to comfort yourself, that's your right. Just please don't go full retard in public and embarrass us anymore. Kes Raja Bomoh baru nak reda, dia bawak pulak sarkis baru.
Lepas satu, satu. Aduhhhh.
Agama kita mudah dan indah wahai Puan ACCIN, dan semestinya tak sengal macam kepala otak Puan dan kawan-kawan. Hishhh.

Posted on Wednesday, May 28, 2014 by AK

No comments

14.10.12

Kata mereka
Selalulah berkata benar
Tapi kata mereka lagi
Kebenaran itu pahit tuk didengar

Kata mereka lagi
Janganlah belajar berdusta
Tapi kata mereka lagi
Tipu sunat tak apa

Pelik
Pelik campur hairan
Hairan campur bingung

Habis sekarang
Harus kata benar atau dusta??

Teringat pesan emak dan ayah
Kata mereka yang pahit itu ubat
Kata mereka lagi tipu itu dosa bukan sunat

Penat
Penat campur bosan
Bosan campur letih

Kalau sikit pun tak mampu ditelan
Janganlah minta sajian kebenaran
Teruslah minta disuap dusta syaitan

Biar jadi amalan seluruh umat
Biar keluar semuanya hitam pekat
Biar mentari kian tenat
Biar mati segala malaikat
Biar sampai dunia kiamat

Posted on Sunday, October 14, 2012 by AK

1 comment

2.10.12

Aku peminat kamu paling agung.

Posted on Tuesday, October 02, 2012 by AK

No comments

25.9.12

Pukul lah aku wahai sahabat
Kerana sakitnya tak seperit
Tamparan fitnahmu saat sampai ke pancainderaku

Ludah lah aku wahai sahabat
Kerana jijiknya tak setanding
Bangkai pura-puramu saat di depanku

Tikamlah aku wahai sahabat
Kerana pedihnya tak sehebat
Bisa lidahmu saat di belakangku

Tinggal lah aku wahai sahabat
Kerana sedihnya tak sepilu
Ratapan dosamu saat kau mencari aku

Insya Allah wahai sahabat
Moga kita bersua lagi
Moga dapat kau temui aku
Tiba nanti di padang Akhirat

Posted on Tuesday, September 25, 2012 by AK

No comments

18.9.12

Pejam celik pejam celik, dah sebulan Syawal kita layari dengan enaknya. Memang untuk seluruh rakyat Malaysia, bulan Syawal ialah bulan paling enak antara semua bulan dalam kalendar Hijrah. Sebab sepanjang bulan Syawal, rakyat Malaysia sibuk bertandang ke open house. Sibuk menjalani aktiviti makan. Dan bila ada banyak makanan, dah tentu ada pembaziran. Ya lah, semua pun nak ikut nafsu. Main ambil sesuka hati.



Aku jenguk dan aku analisis, realitinya rata-rata rakyat Malaysia terutamanya orang bandar nampaknya tegar membazir makanan bila tiba bulan Raya. Termasuklah bila keluarga aku sendiri buat open house. Dah macam satu amalan bila buat open house, mesti berdepan dengan saki-baki dan sisa makanan yang melampau. Lepas tu buang dalam tong sampah. Bila dah jadi sampah, sisa tadi pulak perlukan pengurusan sistematik yakni kerja angkut mengangkut, pengumpulan, pengasingan mengikut kategori, pelupusan dan sebagainya. Itu semua perlukan kos. Sudah, masuk hal duit pulak.

Jadi, kalau kau rasa kau rakyat yang prihatin, kita perlu lakukan perubahan. Kita perlu hentikan sikap membazir makanan. Kita perlu wujudkan satu dunia di mana nikmat makanan pemberian Tuhan dirasai oleh semua umat manusia, Tak terlalu lebih dan takkan pernah berkurang. 

Untuk merealisasikan impian murni aku tu, aku ada beberapa cadangan yang mungkin satu hari nanti akan dibahaskan di parlimen (mungkin kalau diorang dah boring tak ada usul lain nak bahas dan start main kapal terbang kertas; atau bila kau orang pilih aku jadi PM. Kalau kau orang nak lah, aku tak kisah).

OK apa kata kita pertimbangkan cadangan-cadangan bernas yang aku rasa dapat membantu kita menghapuskan gejala pembaziran makanan tiap kali Syawal menjelma:
  • Jangan ikut nafsu. Sebab kadang-kadang nafsu memang membuak-buak nak makan tapi baru sentuh sikit, perut dah kenyang. Sentiasa fikirkan nafsu vs kemampuan perut, sebab kadang-kadang kita terlupa (ditujukan khas untuk para wanita yang suka melayan nafsu makan tapi kapasiti perut agak kecil).

  • Setiap kali buat open house, amalkan tabiat menghantar sebahagian hidangan ke rumah anak yatim. Mudah-mudahan dapat pahala. 

  • Tampal koleksi poster kanak-kanak Afrika yang kebuluran di sekeliling tempat makan. Cari poster yang paling menyedihkan dan jadikan alas meja supaya tetamu nampak tiap kali  mengambil makanan.
  • Bela binatang ternakan. Kalau tak dapat habiskan makanan tu, berilah pada ayam dan itik. Bila dah matang, boleh buat masak lemak tak payah beli ayam di pasar. Keluarga aku pun dulu pernah bela angsa merangkap tong sampah yang suka memekak malam-malam. 

  • Pasang program 'Bersamamu'. Cari episod yang paling sedih, macam episod si daif makan siput babi, dan pasangkan di TV bila tetamu datang bertandang. Tapi awas, sediakan tisu berlebihan. Sebab ada kemungkinan tetamu menangis lengkap dengan hingus meleleh akibat menonton si daif yang disuruh makan siput babi depan kamera. 

  • Wujudkan denda untuk membanteras budaya makan tak habis. Sebagai tuan rumah, berikan hukuman setimpal kepada pembazir seperti denda cuci pinggan atau belanja top-up. 

  • Pastikan kau hidang makanan yang boleh tahan lama. Sebab kalau berlebihan, boleh simpan dalam peti ais dan nikmati sendiri sampai bulan depan. Poket pun ada senyum. 
  •  
Nah, kalau ikutkan karut akal senget aku ni, banyak lagi yang aku boleh senaraikan kat sini. Tapi sesenget akal aku, sekarut guideline aku, seteruk mana aku merepek pun, taklah senget, karut dan merepek sampai pergi senaraikan t-shirt V-neck tu antara petanda lelaki gay. Janganlah macam ni YB Dr Timbalan Menteri. Cuba YB Dr Timbalan Menteri buat kajian lebih sikit sebelum keluarkan guideline macam tu. Dan kalau nak lebih baik, tak payah keluarkan guideline macam tu langsung. YB Dr Timbalan Menteri pun takkan terpalit malu, kan?

(Nampak tak permainan dia?)



     

Posted on Tuesday, September 18, 2012 by AK

No comments

Dunia yang akrab makin asing
Jati diri semakin jadi retorik
Anak kecil dah pandai kurang ajar
Prinsip hidup nampak bagai miraj
Entah ada entah tak ada

Bila roh tak kenal pada bayang-bayang sendiri
Bila jiwa yang jumud menjadi perhiasan
Seperti wind chime
Bergantungan di palang
Teruslah menari-nari ditiup angin
Dahaga untuk dibuai lagi
Merintih untuk terus dipermainkan

Alpa, lupa, lalai, leka
Menjadi akar tempat roh berpasak
Menjadi banir tempat jiwa bermain
Menjadi pokok tempat hati berteduh
Menjadi sarang tempat akal berkampung

Maka teruslah buahnya diratah mentah
Amboi manis isinya
Terduduklah melayan
Bertahun-tahun duduk melayan

Sampai alpa pada fitrah
Sampai lupa asal usul
Sampai lalai tanggungjawab
Sampai leka bertambah-tambah

Tapi walau manis buah itu
Walau rendang dahan itu
Walau tinggi pokok itu
Walau kukuh akar itu

Pokok itu bukan Tuhan
Pokok itu takkan kekal
Pokok itu takkan malar
Pokok itu takkan abadi

Kerana Tuhan adalah Tuhan
Kerana Tuhan saja yang kekal
Kerana Tuhan saja yang malar
Kerana Tuhan saja yang abadi

Semudah itu

Tapi dasar manusia
Yang senang dirumitkan lagi
Dan lagi dan lagi dan lagi









Posted on Tuesday, September 18, 2012 by AK

No comments

Kadang-kadang
Tak perlu bersuara
Tak perlu tunjuk minat
Tak perlu ikhlas
Tak perlu bersemangat
Dia datang juga

Tapi itu kadang-kadang

Kadang-kadang
Dah habis bersuara
Dah habis tunjuk minat
Dah habis ikhlas
Dah habis bersemangat
Tapi dia tak datang

Tunggu punya tunggu
Masih tak datang

Hish
Bila aku taknak kau datang bergolek
Bila aku nak kau main sembunyi
Memang tak molek
Memang sakit hati

Biarlah
Biar aku duduk diam atas batu
Biar sampai berlumut bontot aku
Biar padan muka aku






Posted on Tuesday, September 18, 2012 by AK

No comments